Wednesday, 27 June 2018

Journal Harian 8-6-18

Saya bangun tidur pada pukul 7.00 pagi dan bersiap untuk ke kelas. Selepas bersiap sedia saya pergi ke Dewan Makan untuk mengambil sarapan dan seterusnya ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan. Selepas perhimpunan yang berakhir pada 8.00 pagi, saya menuju ke perpustakaan untuk membaca buku kerana ia adalah waktu IS Matematik (prep) sehingga pukul 8.40 pagi. Saya juga telah mengunakan masa in untuk menyiapkan apa jua kerja rumah yang masih perlu disiapkan. Selepas itu, saya menuju ke kelas 8 fasa 1 untuk matepelajaran matematik sehingga pukul 9.20 pagi. Selepas itu saya pergi ke makmal kimia 1 untul matepelajaran kimia sehingga pukul 10.00 pagi.Selepas itu saya pergi ke dewan makan untuk mengambil minum pagi. Selepas rehat, saya pergi ke perpustakaan sehingga 12.30 kerana semua matepelajaran sebelumnya adalah prep. Pada pukul 12.30 petang saya telah ke dewan makan untuk makan tengahari.Ketika semua murid muslim lelaki sedang bersolat jumaat, saya berehat dan menyiapkan apa jua kerja yang perlu disiapkan sehingga pukul 3.00 petang. Selepas itu say teleha menuju ke bilik gerakan lelajar untk SC .Selepas pukul 4.30 petang, saya telah turun ke padang untuk beriadah. Saya telah main bola tampar sehingga pukul 6.40 petang. Selepas itu saya menuju ke Dewan Makan untuk makan malam. Selepas makan malam saya terus ke bilik untul bermandi dan bersiap untuk ke 'moral slot'. Moral slot tersebut telah bermula pada pukul 8,00 malam dan berakir pada 8.30 malam. Selepas moral slot, saya telah ke kelas untuk prep sehingga pukul 10.00 malam. Selepas itu saya terus ke bilik untuk berehat dan tidur.

No comments:

Post a Comment