Wednesday, 27 June 2018

Journal Harian 7-6-18

Saya bangun tidur pada pukul 7.00 pagi dan bersiap untuk ke kelas. Selepas bersiap sedia saya pergi ke Dewan Makan untuk mengambil sarapan dan seterusnya ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan. Selepas perhimpunan yang berakhir pada 8.00 pagi, saya menuju ke kelas 8 fasa 2 untuk matelajaran sejarah sehinggga pukul 8.40 pagi. Selepas itu, saya menuju ke perpustakaan untuk membaca buku kerana ia adalah waktu prep sehingga pukul 9.20 pagip. Selepas itu saya pergi ke makmal muzik untuk matepelajaran muzik sehingga pukul 10.00 pagi.Selepas itu saya pergi ke dewan makan untuk mengambil minum pagi. Selepas rehat, saya pergi ke makmal biologi 2 untuk matepelajaran biologi bersama Pn.Nisa sehingga pukul 11.10 pagi. Pada pukul 11.10 saya telah pergi ke  padang untuk pendidikan jasmani sehingga pukul 11.50 pagi .Selepas itu saya pergi ke kelas 12 fasa 2 untuk matepelajaran bahasa inggeris. Selepas itu, jam berdetik 12.30 petang saya juga telah ke dewan makan untuk makan tengahari. Selepas pukul 2.00 petang , saya menuju ke makmal komputer fasa 2 untul kelas jerman sehingga pukul 3.00 petang. Selepas pukul 4.30 petang, saya telah turun ke padang untuk beriadah. Saya telah main bola tampar sehingga pukul 6.40 petang. Selepas itu saya menuju ke Dewan Makan untuk makan malam. Selepas makan malam saya terus ke bilik untul bermandi dan bersiap untuk ke 'moral slot'. Moral slot tersebut telah bermula pada pukul 8,00 malam dan berakir pada 8.30 malam. Selepas moral slot, saya telah ke kelas untuk prep sehingga pukul 10.00 malam. Selepas itu saya terus ke bilik untuk berehat dan tidur.

No comments:

Post a Comment